Wednesday, 2 July 2014

SHARING IS CARING

Cerita daripada MNS


Client A : Ada 2 medical card. Satu dr PruBSN yg mempunyai limit RM50,00 setahun dan satu lagi dari kampeni XYZ yang juga mempunyai limit RM50,000 setahun

Client B : Ada satu medical card saja dr PruBSN yang mempunyai had tahunan RM100,000
Client A & Client B masuk spital untuk menjalani rawatan jantung dengan kos berjumlah RM80,000

Untuk pengetahuan, GL (Guarantee Letter) hanya dikeluarkan untuk SATU medical card saja pada satu satu masa.

Jadi, apa akan jadi kepada client A? Nampaknya Client A terpaksalah bayar cash pakai duit sendiri dulu untuk baki RM30,000 dan kena buat tuntutan semula kemudian.

Client B pulak boleh swipe terus RM80,000 dari medical card dia yg satu tu sebab kos perubatan masih di bawah had limit.

Kesian kan kat Client A? Tapi takpe, kesian lagi kepada orang-orang yang langsung takde medical card. Tepuk dada, tanya selera 

Kredit to Mohd Nor Sharip

Hubungi 013-5840655 # Huzaimi Alias

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Bagaimana mudahnya untuk membuat tuntutan bagi bil dan elaun hospital.  Saya akan masukkan satu cara mudah bagaimana tuntuan tuan/puan dilakukan.




Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS)
        Tuntutan terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu. Akan hanya berkuatkuasa selepas 120 hari (3 bulan) bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card).  Sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak, anda perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).

        Namun, sekiranya anda dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

        Sekiranya tuntutan  menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. 

       Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menghubungi konsultan anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada konsultan yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan konsultan anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.

Tempoh Tuntutan
 
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada PruBSN. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi konsutan anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


Apa yang penting sentiasa bawa kad medical PruBSN anda walau di mana anda berada.  Malang boleh berlaku bila-bila masa.

Jika anda rasa menarik, hubungi 013-584 0655
# Huzaimi Alias untuk maklumat penuh..

Sunday, 22 June 2014

MENTOL KEHIDUPAN



Mentol yang menerangi cahaya adalah umpama keluarga, dan sumber elektrik adalah pendapatan anda.

#Apakah yang akan berlaku jika sumber elektrik terputus suatu hari nanti? 
#Adakah ada persediaan utk menghadapi kegelapan tersebut?

Betapa perlunya pelaburan SEKARANG membeli generator bagi menjamin mentol tersebut terus mengeluarkan cahaya..


Huzaimi Alias

Monday, 21 April 2014

BERTINDAK...

TINDAKAN BETUL HASILKAN MASA DEPAN 

YANG CERAH




# Rasa selesa sekarang tidak semestinya sama selesa akan datang.

# Rasa sihat sekarang tidak semesti sama sihat akan datang.

# Dan takdir Tuhan sekarang adalah takdir yang akqn datang

# Bertindak sekarang untuk hasil yang akan datang.

# Supaya apa yang baik sekarang memberi kesan yang baik di masa mendatang

# Langkah anda mengambil polisi bersama PruBSN takaful sekarang memberi keselesaan jiwa di masa yang akan datang.

# PERCUMA pengiraan bulanan dan cenderahati "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" jika anda SMS <prubsn> ke 013-584 0655 SEKARANG!!! Sebelum 30 April 2014

Monday, 14 April 2014

FREE QUOTATION

FREE QUOTATION


Adakah anda rasa sangat yakin yang anda akan sihat dan tiada kemungkinan akan jatuh sakit...? 
Kesihatan yang tergugat boleh menjejaskan keseluruhan keluarga. Tiada jaminan bahawa kita boleh terus sihat kecuali dengan izin Tuhan.

Adakah anda di antara orang yang sangat suka jika kehidupan masa depan anda telah ada jaminan perbelanjaan kewangan walau pun sakit..?

Bayangkan  seperti mentol elektrik yang mendapat sumber elektrik untuk menerangi kawasan dan tiba-tiba mentol terpadam kerana tiada sumber elektrik lagi.

Perumpamaannya adalah seperti mentol itu adalah keluarga dan sumber elektrik adalah ketua keluarga.  Apa akan terjadi jika sesuatu berlaku menimpa ketua keluarga tersebut...?

Bersetujukah anda jika dikatakan dengan sedikit sumbangan  setiap bulan yang dilakukan adalah satu pelaburan kesihatan yang sangat besar impaknya pada masa hadapan...?
Bukan hanya pelaburan kesihatan, tetapi percayalah bahawa ianya juga adalah pelaburan kewangan.

Boleh pilih hospital, layanan hospital yang baik, dapat elaun, tetamu yang datang melawat pun suka melawat dan mudah kerana tidak terikat dengan masa. ada privacy, Termasuk simpanan untuk HAJI dan UMRAH...

Oleh itu izinkan saya membantu Saudara /ri dengan klik pada link di bawah untuk saya beri QUOTATION PERCUMA kepada anda sebagai kesudian saudara /ri melawat ke blog ini.




Monday, 17 March 2014

5 langkah bijak menguruskan wang dengan bijak

5 cara berkesan menguruskan wang dengan bijak



Setiap bulan pendapatan yang paling besar yang diterima adalah duit gaji.  Berapa ramai yang boleh menguruskan duit gaji supaya  ianya memenuhi keperluan dan menjana pendapatan baru. Terdapat 5 langkah bijak bagi mencapai matlamat tersebut :

1.  Senaraikan perbelanjaan tetap bagi bulan tersebut seperti bil-bil, bulanan kereta, rumah serta pinjaman peribadi.

2.  Senaraikan sumber pendapatan yang diperolehi dan jumlahkan kesemua pendapatan tersebut. Adakah jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan.

3.  Tingkatkan kepekaan.  Jika anda tidak tahu berapa amaun baki yang sepatutnya anda ada pada bulan tersebut, menunjukkan kecenderungan ke arah negatif pendapatan..  Sebaiknya gunakan aplikasi atau sistem yang sebenarnya boleh dicipta sendiri atau boleh juga anda muat turun daripada website atau google plays bagi pengguna android. Ini dijadikan panduan sama ada perlu atau tidak anda berbelanja.

4.  Jangan lupa masukkan sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan anda sebagai sedekah yang ikhlas.  Kerana lebih besar sedekah yang anda sumbangkan, lebih besar atau meningkatlah pendapatan anda 10 kali ganda kerana Janji setiap sedekah diganti 10 kali terdapat dalam Quran Surat Al-An’aam ayat 160 yang berbunyi,

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya…..”

 Maka matematik sedekah bermaksud 1-1 = 10.  Jika anda ada 10 dan keluarkan 1 sebagai sedekah yang ikhlas maka matematiknya adalah 10-1=100.



5.  Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Berkuasa untuk diri dan keluarga. Salah satu doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang".

Moga apa yang dikongsikan ini turut memberi peringatan dan kesedaran kepada saya sendiri.  Dan kita selalu terlupa untuk melindungi pendapatan kita dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Hubungi dengan SMS <yes> ke nombor 013-584 0655 untuk maklumat secara PERCUMA

Friday, 24 January 2014

OBJECTION (PENOLAKAN)



OBJECTION (PENOLAKAN)

Kebiasaan ramai antara kita merasa kecewa apabila berlaku PENOLAKAN dalam hidup. Perasaan marah, dendam dan putus asa akan muncul apabila ada PENOLAKAN, contohnya meminta rakan membantu menyelesaikan kerja sekolah dan rakan tersebut menolaknya... bagaimana perasaaan..?

Apa yang cuba diberitahu oleh penolakan tersebut adalah maklum balas terhadap apa tindakan kita sebelum penolakan berlaku... Jadi mungkin masanya tak sesuai atau perkataan yang kita gunakan dan sebagainya.

Orang yang berjaya akan dapat menghadapi PENOLAKAN dengan menganggapnya sebagai suatu yang positif bagi dirinya dalam memperbaiki komunikasi. Percalah apabila anda berjalan dengan mata yang tertutup, kita memerlukan maklum balas daripada elemen luar sebagai panduan kita...

 
 

*******DAPATKAN QUOTATION PERCUMA********
KATAK DI BAWAH TEMPURUNG


Suatu ketika dulu bos aku pernah mengungkapkan. "Kita mesti keluar daripada comfort zone".
Apa aku cakap. "Buat apa nak keluar. Dah penat kita bina tiba-tiba nak keluar". Sekarang bila sudah mula berjinak dengan dunia perniagaan baru teringat semula kata-kata tersebut. Jika aku masih di dalam comfort zone samalah macam katak di bawah tempurung. Hanya nampak langit daripada lubang kecil di atas sahaja.
Dan cuba keluar dari comfort zone dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari. Ilmu mestilah diiringi amal baru nampak hasilnya.

#Huzaimi Alias



*******DAPATKAN QUOTATION PERCUMA********

KUNCI KEJAYAAN

 KUNCI KEJAYAAN

Walau pun sejuta rintangan, sejuta halangan, semuanya akan memberikan hasil yang berjuta juga jika ada tindakan menghadapinya. Lebih baik hadapinya daripada lari, lebih baik merancang untuk hadapinya dari merancang untuk lari, lebih baik buat sesuatu daripada tiada berbuat sesuatu...

Kerana semuanya telah Tuhan tentukan dan Dia tahu apa yang diberi itu adalah dalam kemampuan hambaNya serta dapat menambah nilai diri sendiri. Menjadi KUNCI KEJAYAAN..

# Huzaimi Alias


*******DAPATKAN QUOTATION PERCUMA********

FIKIR BOLEH....

Banyak sangat fikir apa yang tidak boleh sampai kurang sangat fikir apa yang boleh... letih...



# Huzaimi Alias




DAPATKANQUOTATION PERCUMA

PRUBSN NAVIGATOR

PRUBSN NAVIGATOR

 

Mudah je sekarang nak cari panel hospital dan doktor seluruh Malaysia.


Bukan itu sahaja. Kadar bilik dan lokasi map juga disertakan.  Tak perlu lagi susah-susah. Walau di mana sahaja anda berada di dalam Malaysia. Kelebihan TEKNOLOGI  oleh PruBsn.. Alhamdulillah..
 

Prubsn telah melancarkan Prubsn navigator tahun ini bagi memberi kemudahan kepada ramai orang.
Dah download...

# Huzaimi Alias



DAPATKANQUOTATION PERCUMA

TRY AND ADJUST

Try and Adjust




Berapa ramai yang biasa dengar try and error... Kali ni kita guna try and adjust.. maksudnya cuba dahulu dan jika ada error adjust bagi sampai berjaya.

Rasanya lebih baik daripada mencuba daripada tak pernah. Cubaan yang berjaya adalah hasil daripada cubaan yang gagal yang telah diadjust. Bukannya kita ulangi juga kaedah yang sama untuk cubaan yang gagal tersebut... Adjsut...

Paling mudah... cubaan untuk minta bos setuju cadangan kita. Kalau tak cuba memang tenggelam le cadangan tu. dan kalau mencuba tak salah. Adat hidup diterima atau ditolak. Kalau ditolak tu adjust dengan cara atau kaedah lain pulak yang mungkin sesuai dengan jiwa bos kita.

So Try and Adjust... Fast Action Fast Result... Slow Action Maybe Never Result.

# Huzaimi Alias


DAPATKANQUOTATION PERCUMA

Tuesday, 7 January 2014

PELABURAN SAMBIL PERLINDUNGAN

Pelaburan sambil perlindungan..

Errmmm….. agak menarik.

Memang jika dibandingkan di antara Takaful PRUBSN dengan sesetengah polisi perlindungan yang agak murah terutama yang melibatkan perlindungan seisi keluarga tidaklah terbanding.

Setiap sesuatu ada kelebihannya masing-masing. Dan setelah lebih 5 tahun saya mengambil polisi Prudential ini rupa-rupanya secara tidak langsung ianya lebih kepada pelaburan yang mana dividennya agak tinggi juga berbanding dengan dana pelaburan yang biasa kita ambil.

Dengan syarat hanya meninggalkan minimum RM1000 saya boleh mengeluarkan dana tersebut bagi tujuan peribadi lain. Dan kalau dibandingkan dengan manfaat perlindungan banyak telah dapat saya nikmati terutama anak dan isteri.

Pertimbangkanlah kepada nilai tambahnya berbanding harga..


DAPATKANQUOTATION PERCUMA

# Huzaimi Alias
# Takafulme.blogspot.com