Monday 17 March 2014

5 langkah bijak menguruskan wang dengan bijak

5 cara berkesan menguruskan wang dengan bijak



Setiap bulan pendapatan yang paling besar yang diterima adalah duit gaji.  Berapa ramai yang boleh menguruskan duit gaji supaya  ianya memenuhi keperluan dan menjana pendapatan baru. Terdapat 5 langkah bijak bagi mencapai matlamat tersebut :

1.  Senaraikan perbelanjaan tetap bagi bulan tersebut seperti bil-bil, bulanan kereta, rumah serta pinjaman peribadi.

2.  Senaraikan sumber pendapatan yang diperolehi dan jumlahkan kesemua pendapatan tersebut. Adakah jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan.

3.  Tingkatkan kepekaan.  Jika anda tidak tahu berapa amaun baki yang sepatutnya anda ada pada bulan tersebut, menunjukkan kecenderungan ke arah negatif pendapatan..  Sebaiknya gunakan aplikasi atau sistem yang sebenarnya boleh dicipta sendiri atau boleh juga anda muat turun daripada website atau google plays bagi pengguna android. Ini dijadikan panduan sama ada perlu atau tidak anda berbelanja.

4.  Jangan lupa masukkan sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan anda sebagai sedekah yang ikhlas.  Kerana lebih besar sedekah yang anda sumbangkan, lebih besar atau meningkatlah pendapatan anda 10 kali ganda kerana Janji setiap sedekah diganti 10 kali terdapat dalam Quran Surat Al-An’aam ayat 160 yang berbunyi,

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya…..”

 Maka matematik sedekah bermaksud 1-1 = 10.  Jika anda ada 10 dan keluarkan 1 sebagai sedekah yang ikhlas maka matematiknya adalah 10-1=100.



5.  Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Berkuasa untuk diri dan keluarga. Salah satu doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang".

Moga apa yang dikongsikan ini turut memberi peringatan dan kesedaran kepada saya sendiri.  Dan kita selalu terlupa untuk melindungi pendapatan kita dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Hubungi dengan SMS <yes> ke nombor 013-584 0655 untuk maklumat secara PERCUMA