Wednesday 2 July 2014

SHARING IS CARING

Cerita daripada MNS


Client A : Ada 2 medical card. Satu dr PruBSN yg mempunyai limit RM50,00 setahun dan satu lagi dari kampeni XYZ yang juga mempunyai limit RM50,000 setahun

Client B : Ada satu medical card saja dr PruBSN yang mempunyai had tahunan RM100,000
Client A & Client B masuk spital untuk menjalani rawatan jantung dengan kos berjumlah RM80,000

Untuk pengetahuan, GL (Guarantee Letter) hanya dikeluarkan untuk SATU medical card saja pada satu satu masa.

Jadi, apa akan jadi kepada client A? Nampaknya Client A terpaksalah bayar cash pakai duit sendiri dulu untuk baki RM30,000 dan kena buat tuntutan semula kemudian.

Client B pulak boleh swipe terus RM80,000 dari medical card dia yg satu tu sebab kos perubatan masih di bawah had limit.

Kesian kan kat Client A? Tapi takpe, kesian lagi kepada orang-orang yang langsung takde medical card. Tepuk dada, tanya selera 

Kredit to Mohd Nor Sharip

Hubungi 013-5840655 # Huzaimi Alias

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Bagaimana mudahnya untuk membuat tuntutan bagi bil dan elaun hospital.  Saya akan masukkan satu cara mudah bagaimana tuntuan tuan/puan dilakukan.




Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS)
        Tuntutan terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu. Akan hanya berkuatkuasa selepas 120 hari (3 bulan) bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card).  Sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak, anda perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).

        Namun, sekiranya anda dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

        Sekiranya tuntutan  menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. 

       Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menghubungi konsultan anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada konsultan yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan konsultan anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.

Tempoh Tuntutan
 
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada PruBSN. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi konsutan anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


Apa yang penting sentiasa bawa kad medical PruBSN anda walau di mana anda berada.  Malang boleh berlaku bila-bila masa.

Jika anda rasa menarik, hubungi 013-584 0655
# Huzaimi Alias untuk maklumat penuh..