Wednesday 2 July 2014

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Bagaimana mudahnya untuk membuat tuntutan bagi bil dan elaun hospital.  Saya akan masukkan satu cara mudah bagaimana tuntuan tuan/puan dilakukan.




Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS)
        Tuntutan terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu. Akan hanya berkuatkuasa selepas 120 hari (3 bulan) bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card).  Sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak, anda perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).

        Namun, sekiranya anda dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

        Sekiranya tuntutan  menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. 

       Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menghubungi konsultan anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada konsultan yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan konsultan anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.

Tempoh Tuntutan
 
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada PruBSN. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi konsutan anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


Apa yang penting sentiasa bawa kad medical PruBSN anda walau di mana anda berada.  Malang boleh berlaku bila-bila masa.

Jika anda rasa menarik, hubungi 013-584 0655
# Huzaimi Alias untuk maklumat penuh..

No comments:

Post a Comment