Monday 23 February 2015

Selalunya..

Ayat yang saya selalu dengar dari kakitangan swasta atau kerajaan. Tetapi setelah diberi penerangan terperinci mereka faham betapa pentingnya insurans personal.

Saya tidak perlukan insurans nyawa kerana sudah ada insurans company? 

Kebanyakan kita mempunyai insurans dari company dari tempat kita berkerja,tetapi tahukah anda berapa maksimum anda boleh gunakan dari insurans company.Selalunya maksimum bagi kegunaan bagi insurans company adalah dari RM 5000 - RM 10000.
Cth:jikalau Bil perubatan anda RM 20K anda terpaksa menaggung nye sendiri bagi RM 15k tersebut.

Pernahkah anda terfikir jikalau anda bertukar kerja atau diberhentikan kerja,tiba-tiba anda diserang penyakit,Insurans company lama anda tidak akan cover anda lagi. Pernahkan anda terfikir bahawa insurans company tidak menjamin anda sepenuhnya.
Dan pada ketika itu baru anda teringat untuk mengambil polisi insurans individu anda terpaksa juga membayar sendiri penyakit tersebut dan tidak ada mana-mana syarikat insurans yang baik hati akan cover penyakit anda seumur hidup

Saya akan ambil  insurans individu  bila dah nak pencen sebab rasa diri tidak akan sakit semasa muda?

Jika anda menziarah orang yang sakit di hospital tu cuba lihat, adakah semua yang sakit tu orang tua je.. tiada yang muda.  Cuba Tanya adakah sakit tu meraka nak.. atau adakah sakit tu mereka tau datangnya bila-bila..?
Anda perlu tahu bila anda mengambil  insurans individu di kala umur telah meningkat diwaktu tua bayaranya adalah  sangat tinggi berbanding jika anda mengambil di usia masih muda.
Akhirnya anda tidak akan mengambilnya dan bila sakit anda akan masuk ke hospital kerajaan. Dan apabila layanan kurang memuaskan anda complain sedangkan anda boleh mendapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar.

Kalau saya sakit saya masuk hospital kerajaan, murah..

Apabila anda menziarahi sanak saudara dihospital, adakah anda pernah terfikir betapa susahnya nak melawat, kena beratur di pintu masuk, tunggu berjanggut untuk nak masuk lif, masa yang singkat, dan terpaksa berebut dengan orang ramai yang lain untuk melawat.
Apatah lagi jika anda sendiri yang admit wad hospital.  Dah la sakit, terpaksa terdampar di wad kecemasan beberapa lama, sementara menunggu giliran untuk masuk wad, kena marah pulak lagi. Nak marah balik tak larat. Terpaksa redho je..
So.. adakah anda mahu rasa layanan seperti vip yang special, senyuman manis dan diiringi dengan background instrumental yang mengasyikkan.  Bilik air peribadi, atau memesan makanan yang sihat dan ikut selera anda..
Tidak salah melaburkan sesuatu yang baik untuk diri sendiri.  Ajarlah diri dengan member ganjaran yang istimewa untuk diri anda. Tidak rugi jika anda melabur untuk insuran anda sendiri.  Jika perlukan maklumat lanjut hubungi say Huzaimi Alias 013-584 0655.